Sunday 1 May 2011

Bangkitlah Wargaku ( khas buat teman2 JKDM seperjuangan sekalian)

Semalam kita dicemuh
Semalam juga kita diperlekehkan
Atas keperibadian kita yang goyah
Sikap kita yang rakus dan bolos
Terasing dalam dunia ciptaan sendiri

Sedarkah wargaku semua?
Nama kita semakin malap
Imej kita semakin tercalar
Dek kerana kerakusan sikap duniawi yang dikejari
Yang disepak oleh anasir tangan dan kaki sendiri
Yang tidak pernah tahu nikmat bersyukur
Membenarkan kekufuran beraja dihati
Menjadikan amalan pahala entah ke mana

Ayuh!  bangkitlah wargaku
Kini, kita ingin berubah
Kita tidak lagi mahu melihat
Sikap dan peristiwa semalam
Menjadi igauan ngeri
Igauan yang merosakkan masa depan kita
Untuk kita terus maju ke hadapan

Bangkitlah wargaku
Warga JKDM terus menabur bakti
Bersama keluhuran budi yang tinggi
Semaikan sikap ABID dalam diri
Tekad kan dalam hati
Tetapkan dalam minda
Satukan perbuatan menuju ke arah yang baru
Arah yang berpaksikan kepada kebenaran

Bangkitlah wargaku
Jadikan integriti pakaian kita
Inovasi dan kreativiti sebagai rempah
Modal insan kelas pertama sebagai perasa
Untuk menegakkan kesetiaan warga
Bersatu realisasikan impian Jabatan kita
Ke arah Kastam bertaraf dunia.

Nukilan
Irza Rizma
JKDM WPKL
14/12/10@12.25 pagi

No comments:

Post a Comment