Sunday 22 May 2011

Majlis Persaraan PERKASA WPKL 2011


tepat jam 2.300 petang, Satu Majlis Persaraan telah diadakan anjuran oleh Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA)WPKL di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Ybhg Dato Pengarah sampai jam 2.30ptg dan majlis bermula jam 3.00 petang. Terdapat 30 orang yang hadir bagi meraikan pegawai yang akan/telah bersara pada tahun 2011.

3 version of Customs Officer...


bersama orang2 kuat PERKASA....

sempat lagi aku tunjukan bakat yang terpendm selama ini, selepas jadi MC terus karok..

di luar DEWAN di KGPA..nice

lagu Ella "Dua Insan Bercinta"
boleh ganti Aziz Desa dah neh...jadi emcee sokmo!

ermm..bestnyer air buah neh, rasa manggo plus oren kot

dalam dok nyanyi2 dang lagi posing hik2...

Sunday 8 May 2011

Sambutan Hari Pekerja 2011

Seawal pagi jam 6.15 pagi bergerak dari pejabat JKDM WPKL menaiki bas Jabatan, sampai di Stadium Putra Bukit Jalil jam 7pagi tapi hampa kerana majlis bermula jam 9.30 pagi, kat 2 jam kami menunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri utk merasmikan Sambutan Hari Pekerja Tahun 2011.Walauapapon kami enjoy dan menang posing terbaekk..!!!

sesi posing di panas yg terik..rasakan!!!


pompuan dgn posing2 xleh lari kemana...

sahabat yg cekal berposing dlm kepanasan yang terik sementara menanti bas datang

peace no war frmo three princess of Pantai Timor

close up...

duo mek klate maghii..

posing yg terakhir sebelum bas datang...hik2

Wednesday 4 May 2011

eh! saper mamat neh???

pergi Jom Heboh jalan-jalan cari makan dan berposing..org2 tua kata sambil menyelam minum air, sambil makan minum juice..dah lama teringin nak jupe mamat neh, si Yusof yang kedekut dalam Dunia Baru...so sporting guy, and cute boy, macam artis Indo gitu...layan seh!!!

Monday 2 May 2011

syoknya dapat jumpe kembar takder iras neh

mula2 sampai booth neh, hati tertanya2 naperlah ramei orang berkerumun disitu, berasak2,  membuatkan diriku teruja nak nengok ape ke bende ntah apa2 kat situ...sampai2 jew..hah2 patutlah ramei org ghupe2nyer ada minah siam celuk kat sini, aku pon apa lagi tanpa dipinta lensa kamera terus menerpa utk kami berdua..kembar yang memang takde iras langsung pon...cume irasnya tang name WANITA...whatever, she's very nice person and sporting beb!!!

International Book Fair KL 30 April 2011

bersama penulis buku "Andai Itu Takdirnya" Siti Rosmizah
bersama chef Hanieliza penulis buku "Resipi 365 Hari: 1 hari 1 Resipi"

bersama penulis Norhayati Ibrahim

bersama Sukun Kartunis Ujang

buku2 yg telah dapat ku tawan..ececee!!!

siap dpt authograph lagi..i loike it!!!


puashati banget coz dapat jumpa novelist dan penulis2 yg diminti antaranya Siti Rozmizah (Andai itu Takdirnya), Norhayati Ibrahim (byk sgt novel best),  chef hanieliza( resipi 365 hari:1hari 1 masakan), sukun (kartunis ujang) dan ramei lagi...wlaupon terpaksa berasak2 ditempat org ramei dan berpeloh, tp sng hati coz buat somethg yg kite suke iaitu beli buku, baca buku dan wat koleksi....cayalah!!!

Sunday 1 May 2011

sape mamat neh...jupa masa JomHeboh ritu

sape mamat neh actually xbrapa nak kenai, sebab anak2 buah ckp ini adalah pelakon, so saya juz take a picture with him..bila balik2 umh bukak tv baru kenai mamat neh pelakon rupenyer..cehh!!

Biarkan Hati berbicara

 Awan mendung berarak kelabu
Menandakan titisan hujan bakal mencurah
Meliputi disegenap alam ini
Yang kontang menjadi dingin

Tatkala dilanda kedinginan semesta alam
Hati seakan berbicara sesuatu
Bicara yang hanya hati ini yang mengerti
Betapa kecewanya andai diri dipersiakan

Hati…
Mengapa ia selalu dikecewakan
Mengapa ia  selalu dilukai
Mengapa, mengapa dan mengapa hati ini…
Andai kau tahu apa yang tersirat
Pasti kau takkan pernah biarkan
Hati ini terusik lagi…

Hati…
Dimana letaknya keistimewaan mu itu
Andai diri sudah tidak dihargai
Andai pengorbanan tiada endah disisi
Andai keikhlasan sudah diragui
Apa lagi yang ku boleh buat
Hanya berserah pada yang Esa

Pintu hatiku yang terkatup rapat
Tanpa ruang dan peluang didekati
kini ku cuba bukakan
pintu hati ini hanya untukmu…..
Tapi saat dan ketika ini
Hatiku  sangat-sangat terusik

Berikan aku sedikit waktu
Untuk mencari kesempurnaan diri
Yang selalu kau agung-agungkan
Mahu mencari secebis kasih sayangmu
Yang sudah kelam dikaburi keraguan
Mencari sebuah cinta yang semakin pudar
Mencari kebenaran yang satu
Memujuk hati supaya…
Kasihku, sayangku dan cintaku masih untukmu….

Nukilan Ilham
Irza rizma, 20/3/11 @ 3.55pm

Wangian Cintamu

Suasana petang yang redup itu bagaikan meredhai perjalanan perkahwinan antara Alissa Diana Tan Sri Zafril dan mempelai lelaki Mohd Rayyan Haikal Dato’ Syukor. Kedua-dua pengantin muda itu sama padan sama cantik.Bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua .Itulah bicara yang sering kedengaran sepanjang perkahwinan gemilang itu berlangsung.Semuanya sempurna. Yang perempuan ayu jelita dan yang lelaki tampan bergaya.bagaikan perkahwinana di raja. Mungkin kalau diperhatikan majlis itu seakan sama dengan perkahwinan selebriti Erra Fazira dan Yusri dahulu bahkan lebih daripada itu. Apa kata orang. Wedding of the year. Ini disebabkan kedua-dua kelurga ini merupakan orang kenamaan dan terkenal. Sebab itulah majlis itu seperti berada dalam gedung keseronokkan.Seawal pagi sudah ramai wartawan ,rakan-rakan dan saudara-mara yang membanjiri Dewan Puncak Kayangan itu untuk menyaksikan sama perkahwinan gemilang di samping untuk mendapatkan berita terkini untuk tajuk utama majalah dan berita.bahkan majlis gemilang ini juga mendapat liputan meluas dari sidang akhbar .Siapa tak kenal Tan Sri Zafril, seorang yang aktif dalam perniagaan dan politik.Mungkin itu kata orang yang melihat dari jauh sahaja, tapi apa yang tersirat di dalam hati mereka tiada siapa yang tahu. Hanya mereka berdua sahaja yang mengaturkan agenda yang tersendiri. Hanya mereka berdua yang boleh merencanakan halatuju perkahwinan itu samada manis ataupun sebaliknya.

Hari mula beransur senja. Dan ufuk malam mula menampakkan wajahnya.Orang ramai yang hadir mula surut dan lenggang.Yang ada hanyalah kawan-kawan dan sanak- saudara yang terdekat.Yang kecil berkejaran bagaikan tidak mengerti apa yang dirasakan pengantin muda ini sekarang.Sementara iu, Alissa merasakan hidupnya kini hanya untuk suaminya seorang .Tapi persoalannya adakah dia juga menjadi hanya wanita yang hadir dalam hidup suaminya. Dirinya semakain keliru dengan layanan suaminya itu tadi. Masih lagi terasa herdikkan suaminya tentang perkahwinan itu.
“abang ini towelnya, nanti abang mandillah dulu…”tutur Alissa memecahkan keheningan mereka berdua setelah beberapa jam mereka disahkan bergelar suami-isteri yang sah. Apa yang dirasakan bila seorang wanita yang baru beberapa jam sah begelar seorang isteri kepada sesorang lelaki yang tak pernah dikenalinya sebelum ini. Dan berduaan-duan bersama lelaki di dalam kamar yang tertutup untuk pertama kalinya.Terasa degupan jantung bergerak terlalu pantas bersama hati yang yang tidak dapat ditafsir oleh akal fikiran ketika ini.kalau boleh dia mahu lari dari keadaan seperti ini.tapi inilah jalan yang dipilihnya.dia terpaka menerima segalanya.Alissa mula tesedar dari khayalanya bila dirasakan kata-katanya tidak mendapat respon daripada suaminya.

“abang…bang dengar tak apa yang saya cakap ini… ulang Alissa bila dilihat suaminya masih merenung jauh seperti memikirkan sesuatu.Tidak sudikah dia memandang wajahku ini.tapi kenapa semasa sesi bergambar di depan watawan tadi, dia sungguh seronok dan ceria…fikirnya bermonolog seorang diri.
“Boleh tak jangan ganggu aku. Aku letih tau. Kalau bukan kerana keluarga kau, aku takkan jadi begini tau” jerit Haikal memecahkan kebuntuan di mindanya.
“Eh kenapa pula dengan keluarga saya. Bukankah abang yang bersetuju dengan perkahwinan ini..”tanya Aissa penuh kehairanan.

“ Sorry ye.Kalau kau nak tau , aku ini mangsa korban keluarga kau tau.uhh pura-pura tak tau pula.disebabkan kau, aku terpaksa menerima kau sebagai isteri. Aku nak bagi tu kau satu perkara, perkahwinan ini hanyalah untuk kau seorang sahaja.not me ok… herdik Haikal dengan kasarnya tanpa memikirkan hati dan perasaan Alissa tika itu.Dia bangun dan cuba berlalu untuk keluar dari kamar pengantin tersebut.terasa kamar itu tidak seindah yang dilihat, tidak mampu metenteramkan jiwanya yang bergelora tika ini.

“Dan satu lagi aku nak kau jangan suka-suka panggil aku abang,.Aku geli tau.Dan jangan tanya sebabnya.Tapi kalau kau nak tau boleh juga.kerana…….. kau memang tak layak untuk menjadi isteri aku..laung Haikal dengan angkuhnya.Alissa terkejut dan terkesima dengan apa yang baru didengarinya tadi.Yang pasti suara itu telah melenyapkan angan-anganya yang baru saja berputik nakal di mindanya untuk menganyam kasih dan cinta bersama orang yang sudah melafazkan akad dan nikah pada petang tadi. Diamanakah ertinya akad dan nikah yang baru dilafazkan di hadapan tuan imam tadi. Sudah lupakah apa yang dipelajari semasa kursus perkahwinan beberapa hari yang lalu?Alissa terduduk di birai katil menangisi apa yang berlaku ke atas dirinya Tatkala mindanya mereka-reka alasan yang disokong oleh sorakkan padu oleh musuh seluruh umat manusia, tapi cepat-cepat dia mengucap panjang dan tersedar dari mimpi yang sedih itu.Dia cuba gagahkan diri untuk bangun dan mengambil wuduk untuk menenangkan hatinya yang tika ini hancur luluh disebabkan alam baru yang di tempuhinya kini semakin mendesak hatinya.Di tambah lagi kata-kata yang dilafazkan oleh suaminya sebentar tadi.

Ya Allah begitu berat ujianMU terhadapku ini.aku memohon padamu,berikanlah kekuatan ke atasku untuk kaku menempuh dugaanMU I ini.Semoga aku tega menghadapinya dan berkat pertolonganMu YA Allah, aku redha atas semua ini jika inilah yang tersurat buatku….amin.Doa Arissa memecahkan keheningan malam dingin, melarikan mindanya daripada kekalutan yang melanda dirinya sebentar tadi.
Kadangkala kita tega menghadapi semua perkara yang melanda dan kadangkala kita kalah untuk engkar dengan ketentuaanNYA. MungKin hari ini tidak secerah yang dipinta, tapi mungkinkah kebahagiaan akan menjadi milik kita di suatau hari nanti.Berkat doa dan kesabaran. Seseorang itu mampu untuk terus menganyam mimpi-mimpi dan angan-angan menjadi suatu yang indah.Sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan perkataan hanya dapat diluahkan dari jiwa yang ketandusan kasih sayang.
Kini genaplah sebulan perkahwinan mereka yang berlalu begitu sahaja.Perkahwinan yang direka dan disembunyikan dari mata dunia yang sebenar. Hidup ibarat satu lakonan yang mungkin tidak diketahui rahsianya oleh sesiapa sahaja.Masa berlalu begitu pantas.Sepantas ombak yang menghempas tepian pantai.Layanan Rayyan terhadap Alissa sama seperti dahulu.tidak berubah. Maki hamun dan herdikkan menjadi mainan di mulut tiap-tiap hari.hanya orang sabar boleh melaui semuanya tika ini.Alissa masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh suaminya suatu tika dulu, sewaktu mereka baru berpindah ke rumah barunya. Hadiah perkahwinan dari mertuanya sempena meyambut menantu tunggal dalam keluarga mereka.

“Hei perempuan aku tak mahu kau campuri urusanku. Aku pergi mana dan dengan siapa pun kau jangan cuba bersoal jawab ye. Hidup kau, kau punya pasal.dan hidup aku , aku yang punya.Jangan cuba mengaturi hidupku.Lagipun siapa kau nak campuri urusanku……..lagi satu jangan cuba memasuki bilik utama. Itu aku punya. Kau hanya layak tidur di bilik tetamu sahaja.” Ucap Haikal dengan angkuhnya.Dia mendekatiku dan cuba meraih pergelangan tanganku.Dia memaut kemas, sambil menghadiahkan satu ciuman kasar ke bibir Alissa.Aku mahu kita berlakon mesra seperti yang aku tunjukan sebentar tadi jika di depan mama dam papa juga keluargamu. Jangan sesekali kau cuba membocorkan rahsia ini kepada keluargamu. Kau pun bukannya tak tau, ur father is very important in my family. Jadi jangan nak ambil tindakan yang bodoh Nahas kau nanti…”panjang lebar peraturan yang dikenakan ke atas aku.Memang papa Haikal sangat bergantung kepada daddy Alissa untuk mendapatkan sesuatu kelulusan sesebuah projek dan ketika syarikatnya yang hampir-hampir jatuh.Tan Sri Zafril lah yang sudi menghlurkan bantuan. Bahkan gelaran Dato yang disandangnya ketika ini pun atas usaha daddy Alissa.Dia masih ingat cerita Daddyn pada suatu tika dulu. Sewaktu meniti lewat usia remaja.Cerita begaimana daddy dapat menjalinkan persahabatan dengan papa Haikal.Dia mula mengimbau kenangan lalu…….

“ Hish macam mana boleh stuck pula enjin ini.Dahlah lewat nak ke sana ini.Macam mana aku nak pergi ke sana ye…” sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal ketika itu. Hari sudah pun gelap dam bunyi unggas malam menandakan yang malam bakal menjelma.suasana hening dan sunyi membuatkan bulu romanya tiba-tiba berdiri tanpa dipinta. Memang di kawasan ini jarang ada kenderaan yang lalu lalang tika ini.Dia perlu cepat untuk menghadiri mesyuarat penting di Kuantan esok.
Time ini juga dia nak rosak kat sini…tiba-tiba dia ternampak cahaya lampu kereta daria rah depan .Syukurlah ada juga yang sudi membantunya.aku berjanji sesiapa sahaja yang sudi menolong aku tika ini, aku akan menolongnya hingga ke akhir hayatku..bisik hati kecilnya
Menyunsur laju sebuah teksi dan berhenti betul-betul didepannya lalu bertnya, “kenapa Encik,. Ada masalahke. Nak saya Bantu?

“Ye , sebenarnya saya nak pergi Kuantan.Ada mesyuarat penting malam ini.Boleh encik tumpangkan saya tak?
“No hal marilah saya hantarkan. Saya pun nak pergi sana juga…”pelawa lelaki teksi tadi.
Dan sejak itulah bermulanya perhubungan mereka.Tan Sri Zafril banyak membantu keluarga itu. Di mana dia telah memberi sokongan psikologi dan kewangan untuk mereka menceburi bidang perniagaan. Berkat persahabatan itulah mereka masih kekal hingga ke hari ini dan kedunya menjadi orang yang berjaya dala bidang perniagaan.
‘”Hei! kau dengar tak apa yang aku cakap ini…” jerkah Haikal bila tiada respon dari Alissa dan mematikan segala yang bermain-main difikirannya tika itu..
“Dengar aba..ab..saya dengar..”teragak-agak dia menjawabnya.

Aku hanya mampu mengganguk dan bersetuju dengan apa yang di buat olehnya.aku sudah tidak sanggup kata-kat kesat yang dilemparkan ke atasku.berdiam adalah lebih baik daripada bersuara tika ini.Aku tidak mahu memulakan sengketa lagi.aku sudah bosan menangis. Aku hanya mampu berserah pada takdir dan ketetapanNYA. Mungkin di suatu hari dia akan sedar akan perbuatannya itu.Dan mungkin tika itu dia kan lebih menghargai apa yang ada sekarang ini.
Sudah beberapa hari Haikal tidak pulang ke rumah. Bagi Alissa pula pulang atau tidak Haikal baginya sama sahaja. Terasa dirinya hanya menjadi penunggu setia mahligai ini, yang indah hanya di luaran , tapi di dalam penuh dengan kepalsuan penghuninya.Dia tidak mendapat layanan yang sepatutnya di perolehi oleh seorang isteri.Hanya bercakap bila ada perkara yang penting sahaja.itupun menggunakan tulisan untuk berinteraksi.Sungguh bosan hidup ini.Apa dia ingat aku ini tunggul dan batu ke…. Ngomel hatinya sendirian.

Hari ini dia pulang bersama-sama dengan seorang perempuan .Mungkinkah teman wanitanya.Dari penglihatan matanya perempuan itu bukanlah seorang yang baik. Perempuan yang mendedahkan sebahagian tubuhnya untuk tontonan umum dan berkepit dengan lelaki yang bukan muhrimnya.Baikkah namanya? Hatinya bertanya sendirian. Hatinya menjadi sakit tiba-tiba.cemburunya meluap-luap seakan gunung berapi yang akan mengalirkan lavanya membanjiri bumi ini. Memang aku boleh bersabar dengan yang sebelum ini.Tapi hari ini dia sudah melampau.Dia ingat aku ini apa.Batu. Tunggul. Yang boleh di main-mainkan.Dia ingat dia seorang yang ada egonya. Aku pun berhak untuk keegoaan itu.

“Sayang , mari I kenalkan dengan bibit baru rumah I ini… kata Haikal sambil menjeling simpul ke arahku.Sayang konon. Nak termuntah rasanya. Nanti kau tau suatu hari nanti aku akan ajar apa maknanya sayang itu.

“Apa!darling dah dapat bibik yang baru” Sambil menjeling tajam dengan ekor matanya yang di kala itu macam burung hantu pula aku lihatnya.Aku hanya melemparkan senyuman yang paling mahal rasanya. Senyum mengejek. Padan muka.

“Tapi kan darling kenapa ayang lihat bibik baru ini tak macam bibik pun. Jangan-jangan dia ini di hantar oleh agensi untuk melakukan kerja tak senonoh.Iyelah kan dunia sekarang. Semuanya tak boleh di percayai.”Uh kata orang.Dia itu aku lihat lebih dari itu lagi.dedah sana, dedah sini. Dia ingat elok lah itu. Dan satu lagi, orang yang dia sayang itu lagi tak boleh dipercayai. Hatinya bermonolog lagi.
“Uh betul itu cik.Saya ini bukan sahaja di hantar untuk ke arah itu.Tapi juga untuk merampas apa sahaja yang ada kat Malaysia ini terutama sekali orang yang ngak sedar diri dan hipokrit….”laung Alissa sambil meniru cakap Indonesia. Meyampuk kata-kata perempuan tak sedar diri itu. Biar dia rasakan seperti apa yang aku rasakan ketika ini.

“Darling… apa yang bibik darling cakap ini. Uh Darling konon.Geli aku mendengarnya.Selepas adengan sindir menyindir sebentar tadi. Haikal mengambil keputusan untuk menghantar Farlina pulang. Mungkin rimas dengan apa yang aku katakan.Biarkan.aku hanya mampu melihat tanpa ada bantahan.Malas aku nak memikirkannya. Buat serabut otak aje. Tapi dia suami aku. Aku berhak untuk tidak dikhianati.
…………………………………………………………………………………………
Aku tidak tau bila aku tertidur.terjaga apabila terdengar deruman enjim di garaj. Aku membuka mata dan melihat jam…………
“Alamak! dah pukul tujuh.macam mana meeting hari ini.Teruk nanti kena marah dengan daddy. Hari ini Alissa ada meeting dengan client dari Jepun untuk membincangkan MEGA usahasama dengar Syarikat Jepun di sini. Dia bergegas bangun dan terus pergi ke bilik air.sambil berjalan dia masih memikirkan tentang suaminya. Curiga mula bertandang di hati. Di mana dia tidur semalam? Dengan perempuan itukah? Hatinya semakin keliru.
Sesudah menyiapkan diri, dia bergegas ke garaj kereta untuk terus ke pejabat.tapi tiba-tiba tanganya di sentak dengan kuat oleh seseorang. Dia berpaling……..
“Kau jangan cuba sakiti hati aku. Dan yang penting jangan cuba sakiti perempuan aku. Apa kau cemburu ke?” Duga haikal. Memanglah cemburu , kau kan suami aku. Aku yang sah ini pun tak dapat apa-apa, yang bukan muhrim itu juga yang kau sanjung. Hatinya berbicara sendirian.
“Lepaslah, sakit….”.Alissa mengaduh panjang apabila tangannya di pegang kemas oleh tangan kasar itu.
“Apa awak ingat awak seorang aje boleh tunjuk keegoan itu” Dia sudah mula ber awak dan saya .Bila di rasakan perhubungan itu semakin jauh. Sukar untuk dia mengejarnya lagi.
“Sudah saya dah lewat. Malas nak bertengkar dengan awak. Lagipun takde benda nak di bincangkan.”Alissa sudah mula tawar hati. Merajuk.Tapi dia pula buat tak heran.Sakit hati tau.
………………………………………………………………………………………………

Di pejabat Alissa tak dapat, menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya.Bahkan di meja mesyuarat tadi dia seperti hilang punca. Lost everything. Dia masih lagi memikirkan kata-kata suaminya.Terasa dirinya tidak berharga langsung di pandangan matanya.Meilhat dirinya ibarat melihat kanvas putih yang tak memberikan apa-pa erti. Sedangkan aku melihatnya ibarat seorang yang aku cintai dan amat berharga dalam hidup aku.Ini tak adil.Tapi aku redha. Mungkin dia bukan untukku. Tapi aku akan terus berusaha jika dialah yang tersurat buatku di loh mahfuz.hari ini dia mahu buat perhitungan dengan suaminya. Biar apa pun berlaku. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi. Hatinya semakin kecewa dengan perbuatan suaminya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar
“Alissa mari daddy perkenalkan orang baru dalam syarikat kita. Perkenalkan En Imran Johari.” Hatiku berdegup kencang. Macam pernah dengar nama itu. Tapi di mana ye.Berkali-kali aku memandangnya. Memang sah dia. Aku lihat dia pun seakan terkejut dengan pertemuan yang tak di duga itu.
“Nice to meet you”.Dia menghulurkan tangan tanda sebuah perkenalan.Aku menyambutnya walaupun hati ini penuh dengan tanda tanya.Dan sebenarnya untuk sempurna di depan daddy.
“By the way, En Imran akan berkerjasama dengan Alissa untuk membincangkan projek MEGA nanti. So I hope you all can make the best in our project. Don’t disappointed me.Ok.En Imran anything not understand, you can refer to Alissa.”Sambil menghulurkan tangan ke arah Imran tanda untuk berlalu dari situ.

Sementara itu, perbincangan yang perlahan diawal tadi berubah rentak apabila kedua-duanya sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadan dan segala persoalan sudah terjawab. Memag dulu mereka adalah pasangan kekasih.Tapi cinta monyet.Hanya untuk kenangan seawal usia remaja.Tapi kini masing-masing sudah ada halatuju dan hidup yang sendiri.Kini mereka sepakat untuk menjadi kawan sahaja.
“Lisa apa kata kita lunch sama-sama hari ini. Lagipun dah lama kita tak keluar sama-sama.
“Tapi………..
“Takkan tak boleh kot.. as a friend…”bersungguh Imran memujuk Alissa
“Okeylah tapi saya nak habiskan document ini dulu. Nanti siap saya call awak.”
Mereka memilih Palma Indah CAFÉ yang terletak di dalam KLCC. Mereka ketawa riang sambil berkongsi kenangan dan pengalaman. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata penuh curiga sedang memerhatikan gelagat mereka…………

……………………………………………………………………………………………
Alissa pulang ke rumah ketika jam menunjukkan angka 10 malam.Tiba di ruang tamu, dia ternampak Haikal sedang menonton.Tak tidur lagi ke dia?Dia bertanya sendirian.Dia terus berjalan tanpa memikirkan kehadiran suaminya itu.
“Baru ingat nak balik.” Sepatah yang di tanya membuatkan hatinya berdegup kencang. Kenapa pula mamat ni? Alissa tidak jadi melangkah.Terasa pertanyaan itu seperti satu hukuman berat buat dirinya.Apa aku nak jawab.Ah hentam ajelah bukan dia tau pun.
“Aa….pergi dinner dengan daddy sekejap.”Jawabku pendek
“Dengan daddy ke , dengan kekasih lama.”hatinya penuh curiga. Dia dah melampau ini. Dulu kata hidup aku bukan dia yang perlu ambil tahu.Sekarang dah lain.
“Kalau ye kenapa? Awak kan bukannya kisah pun.Dulu awak juga cakap.Ur life is not in my life.”Alissa mula memulangkan paku keras kepada suaminya
“Lagipun awak siapa yang nak mengatur hidup saya.”Dia mula mencabar keegoaan seorang suami.Biar dia rasakan dengan apa yang telah aku rasakan.
“Kau jangan biadap ye. Aku kan suami kau.So aku mesti tahu apa yang kau buat kat luar itu”
“Apa ulang sekali lagi….Setahu saya ,saya tak pernah mengenal erti seorang suami.Yang saya tahu adalah hidup bersuami tapi tiada kewujudan seorang suami.Yang ada hanyalah kebenciaan….”lagipun saya penat. Malas nak bertengkar dengan awak.
“Sudah mula hari ini, jauhkan diri lelaki itu”tegas.Satu perintah yang penuh dengan sifat cemburu.Dia terus berlalu dan masuk ke kamarnya.Kadang-kadang sukar untuk di baca sifat lelaki ini.
……………………………………………………………………………………………
Haikal semakin pening dengan masalah yang semakin menimbun di depannya.Masalah datang tak putus-putus sejak dia berkahwin dengan anak Tan Sri Itu.Kepalanya pusing memikirkan masalah pejabat lagi, karenah Farlina yang kadang-kadang sukar di duga dan yang penting sekarang Alissa yang semakin mencabar hidupnya dan keegoaanya.
“Hey Ray kenapa ni. Ada masalah ke.Jom aku belanja kau makan. Leave for one minute ur problem. Just enjoy ok.”Pujuk Ivan, rakan sepejabatnya.
“Takpe lah Ivan kau pergilah kau nak rehat kat sini sekejap.”Dalihnya. Hari ini ramai orang yang menjadi mangsa nafsu amarahya kerana ada masalah dalam baki akaun syarikat menyebabkan masalah kewangan yang teruk. Rugi.Macam mana nak bayar hutang bank kalau rugi .Takkan nak minta pertolongan dengan daddy Alissa lagi. Dahlah anak dia aku abaikan. Dia mula mengimbau kenagan lalu masa mula-mula kahwin dengan Alissa…….

Dulu sifatnya tak macam ini.Sentiasa menurut dengan apa yang aku kata.Tapi hari ini dia semakin berubah.Mungkinkah sifat aku yang membuatkan dirinya berubah. Alissa memang seorang yang penyanyang dan baik hati dia tak pernah membantah kata-kata daddynya. Dia dibesarkan dalam suasana kampung, di jaga oleh neneknya.Sejak kecil sehinggalah berumur belasan tahun, barulah daddynya membawa berhijrah ke bandar kerana menyambung pelajaran di universiti.Itulah serba sedikit yang diketahuinya dari mulut mamanya. Keluarga Alissa banyak berjasa terhadap keluarganya. Pengajiannya juga di tanggung oleh daddy Alissa.Dan kerana berkat itulah juga dia dapat merasa apa yang ada pada dirinya dan keluarganya sekarang.Terasa bersalah dengan apa yang telah dibuatnya.Dia mula menyalahkan dirinya, dengan apa yang telah terjadi.Memang diakui dia sudah jatuh hati terhadap Alissa sejak insiden di rumahnya sewaktu Farlina datang ke rumahnya tempoh hari.Alissa tenang menerima setiap cacian darinya, walaupun kadangkala hatinya memprotes atas tindakannya.Tapi kerana ego dia lupakan semua itu.Hari ini, Alissa semakin mencabar maruah dan sifat kelakiannya.Dia masih tidak dapat melupakan peristiwa dengan apa yang telah dia nampak di depan matanya.bergurau mesra seolah-olah aku tidak wujud dalam hidupnya.Hatinya rasa tercabar dengan kehadiran kekasih lama isterinya itu.Dia benci dengan perempuan yang curang apatah lagi perempuan yang bergelar isteri.Memang di akui dia juga pernah dengan keadaan itu. Tapi sebenarnya hubungan dengan Farlina itu hanyalah lakonan semata-mata.Dia dan Farlina rapat tanda memprotes dengan apa yang terpaksa di laluinya.Kahwin dengan orang yang tak pernah di kenalinya.Memang Farlina pernah ada hati dengannya, tapi dengan baik dia menolak.Dan Farlina faham semua itu. Cinta tak boleh di paksa. Dan sehingga kini mereka masih lagi meneruskan hubungan itu.Tapi sebagai teman.Bukan sebagai kekasih.Hari ini dia mesti membuat perhitungan………………….
…………………………………………………………………………………………….

Dia masih tidak percaya dengan apa yang di lafazkan di depan Alissa baru sahaja sebentar tadi. Masih terngiang kata katanya yang membuatkan Alissa amat terkejut
“Kalau kau dah tak suka tinggal kat rumah ini, baik kau berambus dari sini. Aku dah tak mahu tengok muka kau lagi” Dia menghemburkan kata-kata keramat itu bila di ketahuinya Alissa masih lagi keluar bersama kekasih lamanya. Alissa terkejut dengan apa yang baru didengarnya.Apa maknanya itu?Adakah aku sudah di ceraikan?Tidak mahu lagikah dia kepadaku?Persoalan itu datang bertubi-tubi memenuhi ruang mindanya yang semakin berserabut.Dia jatuh terduduk di sofa. Dengan longlai dia melangkah pergi meninggalkan rumah itu. Mungkin aku sudah tidak diperlukan lagi di rumah ini……..
………………………………………………………………………………………………
Semenjak ketiadaan Alissa di rumah besar itu, Haikal terasa kesepian. Amat kesepian.Benarlah kata orang, bila berjauhan barulah kita sedar betapa pentingnya seseorang itu bagi kita.Kalau boleh malam itu juga dia mahu mencari Alissa.Tapi dia malu.Dia tahu itu memang salah dia. Oleh kerana sifat cemburunya, dia telah menghalau Alissa dari hidupnya.Terasa kerinduan semakin melanda hatinya.Dia rindukan masakkan isterinya. Rindukan pertengkaran itu. Dan yang penting dia rindukan wajah lembut dan bening itu.Terasa sepasang mata yang bening itu sedang melihatnya, menatapnya sehingga dia terlupa apa yang hendak di buat.
Hari ini dia bertekad untuk mencari Alissa dan merungkaikan segala kerinduannya yang semakin menyesakkan mindanya. Dia pergi mendapatkan keluarga Alissa.Walaupun pada mulanya mereka seakan menyembunyikan sesuatu.tapi apabila melihatkan Haikal yang bersungguh-sungguh berjanji, mereka pun menceritakan segalanya. Rupanya Alissa membawa diri pulang ke kampung neneknya.Aku akan berubah. Tekad hatinya.

…………………………………………………………………………………
Dia mencari dimanakah wajah yang mula dirindukannya. Nenek Alissa memang sporting. Dialah yang menceritakan segalanya tentang Alissa.Tentang perasaan dan keinginan Alissa terhadap dirinya.Memang tak sah lagi. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Alissa juga menyintainya. Cuma dia sahaja yang tak pandai memilih kaca dan permata.
Dari jauh dia ternampak Alissa sedang bermain-main dengan hempasan ombak di gigi pantai.
“Alissa……….jerit Haikal.Apabila terdengarkan sahaja suara itu, Alissa bingkas bangun dan berlari dari arah situ.
“Tunggu…….” Tapi laungan itu tidak memberi apa erti terhadap Alissa.Dia tidak mengendahkan suara itu. Dia benci akan suara itu.Walaupun suara itu sebenarnya amat dia rindukan tika ini. Kebencian dalam kerinduan.
“Alissa……… saya rindukan awak…”jerit Haikal apabila dilihatnya Alissa semakin menjauhinya. Tiada respon.Saya cintakan awak…”tambahnya lagi.

Ketika itu dapat dirasakan dunia berpusing. Alissa seakan tak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Memang ayat itulah yang dinantikan selama ini.Dia berangan sekejap……….Tiba-tiba terasa tangan kasar memeluknya erat dari arah belakang.Yang kedengaran hanyalah degupan jantung yang semakin laju mengiringi kerinduan yang terpendam selama ini.Dan hatiku pun berkata…. aku pun rindukannya juga. I’m really miss you.Bisik naluri kecilnya. Semoga awan yang berarak, sinar senja yang kemerah-merahan dan kicauan burung di ufuk senja itu bercantum menjadi melodi indah memayungi kebahagiaan mereka berdua.Dan kini aku mula merasai keharuman cinta itu. Yang bertandang tanpa di pinta. Menjadi satu melodi yang indah. Sukar digambarkan dengan kata-kata . Hanya degupan jiwa yang merelakan segalanya. Biarlah wangian cintamu itu sehangat cintaku di kala ini.



Source: Irza Rizma - BACC Part 6A 2005

Warkah Buat Kakak

Angin malam menyapa perlahan-lahan wajahku. Sejuknya hingga mencucuk tulang sendi. Aku mula mengimbau kenangan lalu…….

Hari ini genap 3 tahun pemergian kakakku. Pergi bukannya meninggalkan dunia yang fana ini, tetapi meninggalkan keluarga entah ke mana. Memang dari dulu lagi semenjak bersekolah menengah berdekatan kampungku dia banyak bergaul dengan budak-budak sosial. Itulah serba sedikit faktor penyumbang kenapa kakakku mula berubah sikap. Walaupun kami dididik dengan penuh ilmu keagamaan, tapi hati manusia cepat berubah. Ibu bapaku selalu berpesan supaya utamakan ilmu agama dahulu dalam membuat semua perkara. Tapi itulah manusia, kadangkala lupa dan alpa bila berjauhan dengan orang tersayang dan keluarga. Kisahnya bermula apabila tamat saja tingkatan 5, dan sesudah menduduki SPM, kawan-kawannya mengajak kakakku untuk bekerja di sebuah negeri di barat Malaysia. Mula- mula keluarga menghalang tetapi atas pujukan dan rayuan,, kami terpaksa melepaskannya pergi bekerja walaupun hati kami tidak merestuinya terutama ibu dan ayahku yang mungkin lebih merasai dengan apa yang aku rasai sekarang ini. Apatah lagi kawan yang mengajaknya adalah jiran sekampung dan memang kenal rapat dengan keluargaku. Inilah realiti yang terpaksa kami tempuhi, merelakan pemergiannya ibarat melepaskan merpati dari dalam sarangnya. Walaupun rela dalam terpaksa melepaskannya, kasih sayang terhadapnya akan kekal sampai bila-bila.

Tiba-tiba aku tersedar apabila daun pintu dibuka dari arah luar. Aku lihat ibuku dengan wajah sayu dan longlai melangkah menghampiriku seraya bertanya “Lis, apa yang Lis sedang buat itu, tak tidur lagi ke? kan sudah tengah malam ni, nanti lewat pergi kelas esok” Tanya ibu dalam nada muram.

“Lis nak habiskan sedikit lagi assignment ini ibu, esok dah kena hantar” dalihku walhal pada waktu itu aku sedang menulis rahsia hatiku dan rintihanku terhadap kakak, kak Ana.

“Oklah Lis, ibu tidur dulu, ayah kau pun tak sihat, jangan tidur lewat-lewat, nanti terlambat ke kelas esok, ibu tidur dulu ye sayang”…ucap ibu sambil menghadiahkan sebuah kucupan di dahiku dan tersenyum ke arahku. Aku tahu senyuman itu tidak lagi semanis senyuman seperti yang dahulu. Kak….di mana kau tika ini, tidakkah kau sedar kami semua amat merinduimu….pulanglah kak….rintihan pilu dari hatiku yang suci.

Aku menyambung lagi…kak sudah lupakah kenangan kita bersama? Seribu kenangan pahit dan manis tika kita bersama dahulu. Seribu kemanisan hidup sehingga memberi peluang kepada kita untuk terus hidup hingga ke hari ini. Kak….. sudah lupakah masa kita berdua dahulu…bermain masak-masak, memanjat pokok buah-buahan, bermandi-manda di sungai…tidakkah kau ingat semua ini. Sungguh indah waktu itu, kenangan ini takkan ku lupa sampai bila-bila. Kakak….masihkah kau ingat sewaktu kita menolong ibu dan ayah dalam kebun getah, mengutip susu getah beku, naik bukit, turun bukit, paya diredah semata-mata untuk meringankan beban ibu dan ayah. Tidak ingatkah kau masa kita pergi ke kebun kelapa sawit, kita pernah berjanji akan menolong keluarga kita yang susah sambil menyanyi lagu riang.Aku masih lagi ingat setiap bait-bait lagu kegemaran kita berdua.Emm...em," sungguh riang waktu membesar badanku jadi, sihat dan segar,ibu menerangkan kami ada kawan, dengan scoultImulsion.Wah mestikah aku melupakan segalanya.Kenangan yang begitu berharga sedari kecil kita berdua.Beza umur hanya satu tahun tidak memberi apa-apa erti menjadikan kita seperti belangkas. Kemana sahaja pergi mesti berdua.Setiap tawa dan tangis kita berdua dapat merasainya. Kak......sudahkah kau lupa itu semua? Kak…. Masihkah kau ingat pemergian kita ke dusun buah-buahan, sungguh riang waktu itu, ibu, ayah, kakak, abang tolong-menolong mengutip buah-buahan. Kita sempat merakamkan detik-detik indah itu dalam gambar-gambar yang cantik dan menyimpan seribu memori kehidupan. Bila terpandang saja gambar dulu-dulu air mataku menitis tanpa dipinta.

Kakak…pulanglah…ayah sekarang tidak berapa sihat. Ayah selalu menyebut untuk berjumpa denganmu. Ibu sudah kering air mata apabila dalam tidur ayah bermimpi berjumpa denganmu. Ayah memanggil namamu, hati ibu merintih pilu. Kak….. sudah lupakah pengorbanan ibu dan ayah suatu ketika dulu. Bekerja siang dan malam hanya untuk kebahagiaan kita. Sudah lupakah kita yang sekecil tapak tangan boleh menjadi seorang manusia di hari ini, tapi akan dating tiada siapa yang tahu. Tidak rindukah dengan ibu kita, walaupun sudah tidak secantik dulu lagi, berkedut sini berkedut sana tapi dia tetap ibu kita dunia akhirat. Dia yang mengandungkan kita, mendodoikan kita dan membesarkan kita. Sudah lupakah jasa dan pengorbanan mereka? Masihkah kau ingat, dirimu di waktu kecil mengalami komplikasi jantung, tetapi ibu dan ayah tidak segan silu naik turun hospital semata-mata untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk dirimu.

Ubatan tradisional dicari serata negeri, sehinggalah kau benar-benar pulih sehingga sekarang. Aku tahu jasa mereka berdua tak terbilang bagi kita, mereka bukan mahukan pembalasan dari segi material, wang ringgit tetapi apa yang mereka dambakan hanyalah kasih sayang. Pulanglah kakakku sementara masih ada waktu untuk kita melihat mereka dan memberi kasih sayang. Curahkanlah kasih sayangmu sementara ibu dan ayah masih ada. Jangan pula menyesal di kemudian hari. Sekalipun keluar air mata darah, itu takkan boleh diputar kembali. Pulanglah….mereka sudah letih menunngu dan menunggu, merintih dan merintih. Aku terpaksa berhenti disini dahulu kerana mataku sudah mengantuk. Mungkin aku akan menyambungnya di hari akan datang.

Aku terlewat bangun pagi kerana semalam aku terlewat tidur. Ibu tidak datang mengejutku kerana dia pun terlewat tidur kerana menjaga ayahku yang sedang sakit. Ayah semakin hari semakin tak berdaya. Berjalan pun hanya dipimpin orang lain disisinya. Air mata suci ibuku gugur entah ke berapa kali sudah, tak sanggup lagi aku melihatnya. Aku tahu perasaan itu ketika ini, apatah lagi diriku turut merasakan semua itu. Aku dah tak berdaya untuk menghentikan air mata itu menitis keluar bersama kerinduan yang tidak berkesudahan akhirnya.

“Ayah macamana ibu?” tanyaku seraya memandang ke arah ibu yang muram dan sedih. Aku tahu ibu memendamkan kesedihan itu dari penglihatan kami semua. Kesedihan bercampur kerinduan membuatkan wajah ibu cengkung dan tidak bermaya. Sungguh luar biasa ketabahanmu ibu…rintihku dalam hati.

“Tak tahulah Lis, ayah kau tu selalu saja meracau-racau dalam tidurnya” luah ibu mematikan lamunanku tadi. “Asyik nama kak Ana aje disebut, mak pun tak tau nak buat macamana”….rintihan dari ibu menyembunyikan keresahan dalam hati. “Nantilah saya usahakan ibu, cari kakak. Lis harap kita semua bersabarlah. Mungkin satu hari nanti kakak akan sedar dengan semua itu” “Oklah ibu, Lis pergi kelas dulu ya” kataku sambil menyalami tangan ibu lalu berlalu dari situ.

Sesudah kuliah petang itu, aku tidak terus balik tapi aku pergi mendapatkan kenalan rapat kakakku yang sama-sama bekerja dahulu, Watie namanya. Aku bersyukurur kerana dapat jumpa orangnya. “Kak Watie, tau tak ke mana Kak Ana pergi?” tanyaku penuh simpati. “sorry dik, akak tak tau apa-apa lagi pasal kakak adik” sambil cuba berlalu dari situ.

“Tunggu!!...saya tau kakak cuba menyembunyikan sesuatu dari saya, cakaplah kak, kasihan saya, ayah dan ibu sakit, mereka ingin sangat berjumpa dengan kakak saya” rayuku dengan berlinangan air mata. Timbul pula rasa sedih dalam hati Watie, aku mesti beritahu cerita sebenarnya…begini…cerita Kak Watie dari A sampai Z tentang kisah kakakku. Rupa-rupanya kakakku membuat hubungan dengan seorang yang berlainan agama. Menurutnya lagi perhubungan mereka tidak direstui oleh ibu dan ayahku. Sebab itulah Kak Ana mengambil keputusan untuk lari dari rumah. Betullah kata orang, teluk bidara buah selasih, hilang saudara kerana seorang kekasih…rintih hatiku pilu. Sejak dari itu aku cuba berusaha untuk menjejaki kakakku, tapi semuanya sia-sia belaka.

Kesihatan ayah pula semakin hari semakin tenat. Ayah asyik meracau-racau dalam tidurnya. Aku tidak berdaya lagi menanggungnya. Malam itu, batuk ayah semakin menjadi-jadi. Ibu, kakak dan abang tidak tidur sampai ke pagi. Kami bergilir-gilir menjaga ayah, memicit, mengurut dan membaca ayat suci Al-Quran semoga ayah cepat sembuh dan mengurangkan kesakitannya. Ayah mula berpesan kepadaku agar belajar rajin-rajin hingga menjadi orang yang berjaya dan jangan terlalu memikirkan kerja, belajar dulu baru berfikir pasal kerja. Dia juga berpesan kepada kami semua supaya melakukan amal ibadah, meninggalkan larangan-Nya…pesan ayahku dengan suara tersekat-sekat. Aku sedaya upaya mengawal supaya air mataku tidak gugur di depan ayahku….sehinggalah ke pagi kami menjaganya, barulah ayah tertidur semula. Kami pun beredar dan menyambung tidur kami semula.

Di pagi dinihari, aku dikejutkan sekali lagi dengan suara ibu, “Lis bangun, ayah kamu panggil kita semua” kejut ibu disisi katilku. “Apa ibu” jawapku dengan nada terkejut. “Ayah sakit lagi ke?” tanyaku. Aku pun bingkas bangun dan pergi mendapatkan abang dan kakakku yang lain. Aku bergegas ke bilik utama, aku terdengar suara ayah yang tersekat-sekat bunyinya.

“Nab,anak kita mana, semua dah balik ke?...abang nak jumpa mereka semua, mana mereka semua Nab, abang dah nak pergi ni, pergi panggil mereka” rintih ayah dengan nafas tersekat-sekat.

“Anak-anak ada di sini bang, semuanya ada di sini” esak ibu. Aku tahu ibu menyembunyikan kesedihannya di sebalik sendu halus di hujung suaranya. Aku tahu tentu ayah masih lagi menanti wajah kakakku. Hanya Kak Ana seorang saja yang tidak bersama kami ketika itu. Kami bergilir-gilir membaca ayat suci Al-Quran disisi ayah dengan nada teresak-esak, perlahan-lahan ayah menutup mata.

Keesokan pagi kami bercadang membawa ayah ke klinik berhampiran. Kesihatan ayah semakin tenat. Ayah tidak boleh menelan lagi. Hanya titisan air dari kapas dimasukkan ke dalam mulutnya, itupun kadangkala keluar balik. Kami bergegas menghantarnya ke klinik, tapi kata doktor ini sedah menjadi kes parah lalu ayahku dihantar ke hospital besar. Di sana ayahku dimasukkan ke bilik ICU, hatiku menjadi sedih, kenapa begini jadinya. Aku lihat tubuh ayahku berselirat dengan wayar-wayar halus yang bersambung di sana sini.Air mataku tumpah lagi.Tumpah untuk yang kesekian kalinya. Aku sudah tidak sanggup lagi melihatnya. Aku memohon ke hadrat Ilahi supaya ayahku dapat disembuhkan dengan segera. Tapi jika setakat ini sahaja nyawa ayahku aku redha, biarlah dia pergi membawa derita ini. Aku dah tak sanggup lagi melihat penderitaan ayahku…esakku dalam tangisan. Doktor menyuruh kami sekeluarga berada di sisi ayah dan membaca ayat suci Al-Quran kerana katanya ayahku sudah tiada harapan lagi. Duniaku seakan berpusing ketika itu. tepat jam 12 tengah malam, ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi kami. Pergilah sudah orang yang ku sayang, pergi membawa diri bertemu Pencipta. Semoga ayahku berada dalam golongan orang Mukmin di sana…..Amin…rintih hatiku pilu.

Sementara itu Hanna sedang leka melakukan kerja-kerja di bahagian moulding. Entah kenapa hari ini dia merasa tidak sedap hati….oh tak ada apalah…bisik hatinya. Sebenarnya sudah lama dia pulang ke rumah menjenguk keluarganya di kampung tapi dia takut terhadap ibu dan ayahnya atas apa yang dia lakukan selama ini. Tapi hari ini, semangat untuk balik kampung itu datang berkobar-kobar dalam dirinya. Dia bergegas ke stesen bas dan mengambil tiket untuk pulang hari ini juga.Hatinya berasa kelainan apabila mindanya terdetik perihal desa yang jau ditinggalkan. Jauh beribu-ribu batu.

Dalam perjalanannya, dia akui memang sudah banyak perubahan di kampungnya. Dia sedih terhadap apa yang berlaku selama ini terutama sekali kepada ibu dan ayah. Dia ingin sangat memeluk ibu dan ayahnya seperti dahulu. Sampai sahaja di halaman rumahnya, ramai penduduk kampung di situ. Hatinya menjadi resah dan berdebar-debar….apa yang berlaku? bisik suara hatinya. Dia berlari-lari anak mendapatkan kami semua. “Ayah!!!....” tangis kakak bila melihat sekujur tubuh yang kaku di pembaringan. “Ayah…maafkan Ana ayah!! Ana dah banyak buat salah, bangunlah ayah, anakmu sudah pulang ini ayah” raung Kak Ana tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. “sudahlah itu Ana, biarkan ayah pergi dengan tenang” pujuk ibuku.

“Tapi ibu, Ana tak mintak maaf lagi dengan ayah” esak kakakku.

“Sudahlah, ayah maafkan kita semua” pujuk ibu lagi dengan titisan air mata yang cuba disekat dari mengalir keluar. Barulah kakak dapat disedarkan lalu berlalu dari situ.

Sedarlah wahai kita semua, berbuat baiklah kepada ibu bapa kita semua. Berilah kasih sayang dan curahkan segala kebaikan ke atas mereka. Berbuat baiklah kepada mereka berdua di waktu yang masih ada ini, jangan biarkan penyesalan itu datang setelah mereka tiada. Mereka bukannya inginkan duit dan harta, apa yang mereka harapkan hanyalah secebis kasih sayang dari kita semua. Sedarlah…..

Source: Irza Rizma - BACC Part 5A 2004

Mari Belajar Loghat kelate

PERCAKAPAN HARIAN

to sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg ade hajat nak kahwen
dgn org kelantan..baik blajar
kalu x..pening ppalo..heehehe. .:P

Vocabulary :

Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
Saksoba - Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm
urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth
enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun
Gege-wat bising banga
Gak- iyeke
Jange=jangan
Wat=buat
Gitu=begitu
Murih = marah
Comel lote=cantik sesangat
Uduh bbanga=terlampau hodoh
Gitumo=sangat2
Masin pperat=terlampau masin
Manis letting=manis sesangat
Pahitp lepe=pahit sangat2
Mase pperit = masam sangat2
Guste-undur belakang
Metto-degil sangat
Lajok=sangat/terlebih
Tubit-keluar
Deras-kuat/laju
Kecek-berkata-kata
Ghoyak=bagi tau
Nyepak =sepak
Beddal=tibai
Tea/katak=pukul
Punoh=rosak
Molek=okey
Atu-hantu
Ngosek=berhantu/usik
Cokek=mencuit
Gere=geram
Sain=kawan
Wat lolok=tipu
Sora=suara
Rekyok=belok/condong
Kona=pusing/belok (ore putih corner)

BENDA-BENDA

Kale=pensil
Dapo gah=dapur gas
Tibi-telivisyen
Meceh=mancis
Ggesek=mancis yng berkotak
Keto=kereta
Moto=motor
Bah=bas/banjir
Uje=hujan
Sikal=basikal
Kappa trebe=kapal terbang
Kusi=kerusi
Mejo=meja
Nyejat=sejatan
Koli=kuali
Puyuk=periuk
Pinge=pinggan
Makuk=mangkuk
Bekah=bekas/hasil peninggalan
Bedok=bedak
Mari=almari/mai
Anak patung=bear
Prame gamba=frame gambar
Sisir rambut/sikat rambut
Nyekot=sekat


BINATANG

Pok kho angguk-mengkarung
Bewok=biawak
Boya=buaya
Llipah=lipas
Rimau=harimau
Sudu seni-
Ttuyuk=pepatung
rrma=-rama-rama
aye=yam
aso=angsa
kattok=katak
lipe=lipan
tuppa=tupai
cirit=cengkerik
kattu=kelkaltu
sumut=semut
ore ute=orang ute
kkuro=kura-kura
llabi=labi-labi
bbiri=biri-biri
singo=singa
ula=ular
llabo=labah-labah
ike=ikan
ude=udang
ake bilih=ikan bilis
ike lolong=akan yang mata besar
ike keppa=ikan sepak
ike laye=ikan selayang/sardin
kere=kerang
ati lembu=hati lembu
telo=telur
bokbong=sejenis binatang
muse=musang
ruso=rusa
landok=landak
kije=kijang
muga tu=sehingga sekarang masih menjadi misteri, jenis binatang apa ini……………2007
nate=sejenis binatang utk nyumpah seseorang
badok=badak
etok=sejenis kerang sungai
tibeng=sejenis lala sungai

MAKANAN

Sekut=biskut
Lopat tike-makanan manis
Taik idung-asam masin yang kecil-kecil(mcm tahi hidung)
Taik muse=asam boi yang dipanggil asm katak(kedah)
Tahi itik=aku pun tak kenal sangat
Kekoh cha/woh nonde=onde-onde
Teri manis-kueh manis
Nasi krabu=nasi campur(amat popular kat klate)
Kue koci=kauih kuaci
Nasi dage=nasi dagang
Lakso=laksa
lakse=laksam
Aie batu=ais
Gulo=gula
Gare=garam
cuko=cuka
lado=cili
ule=ulam
kace=kacang
kace panje=kacang panjang
sos tire= sos tiram
megi-maggi
berah=beras

BUAH-BUAHAN

mokte=rambutan
Duye=durian
Pauh=mangga
ssetto=manggis
Sawo nilo=ciku
Timun cina=tembikai
Ngeke=sejenis buah hutan
Stia/setor=stor
Jambu paying=jambu air
Lasat=langsat
Salok=salak
Klubi= kelubi
Pise=pisang
Nanah=nenas
Bawe=bawang
Ppedok=cempedak
Naka=nangka
Woh nyor=kelapa
Ramba=rambai
Mace/khini=buah macang
Epol=epal
Jabit=anggur
Lima=limau
Mokte gerak-pulasan


sekian sekat neh sajo, selamat belajo dan beramal, majulah penulise utk kelate...hehehehe


Tok susoh mano pong kei:-
Irza rizma
Kl, 15/03/2008

Kisah Berharga Dari Seekor Kucing ku Poo Pong

aku telah belajar sesuatu yg berharga dari kucing kesayanganku poo pong..ceritanya bermula:

Sesudah habis majlis makan2 bersama kwn2 di kuaters taman bakt tepat jam 5.35pm, bersamaan dengan hari Ahad, 10.01.10 (lawa tarikh ini, klu tempah wat majlis cantik neh..ada ong), aku pon mula mnegemas meja makan dan dapur ku yg kalau sebentar tadi nampak mcm comot dan kotor, semua pinggan mangkuk habis aku cucikan, pastu barang yang tak sepatutnya aku simpan tempat yang sepatutnya terletak...habis sahaja kat dapur aku berganjak ke tempat ruang makan dan ternampak di situ sesuatu yang amat berharga bagi teman2 semua dan juga diriku...

Aku ternampak salah seekor dari empat ekor kucingku yang diberi nama poo pong sedang mengendap-ngendap di atas meja betul-betul di depan tudung saji kerana mahu meninjau apa yang ada didalamnya...kelihatan dua ekor ikan cencaru yang sederhana besar di pandangannya....aku terpegun sebentar disitu memerhati tingkahlaku poo pong mahu buat apa yang seterusnya..tanpa bunyi meow meow, aku perhatikan die semacam buat tawaf dikeliling saji itu..yang menjadi perhatian aku adalah bukannya tingkahlaku galak dia tapi akan perihal tudung saji ku yang senipis daun bawang (baru aku beli sehari di kedai serbaneka sebelah 7-e )..

Sebenarnya tudung saji aku itu berwarna pink tetapi kain nya macam kelambu bayi yang baru lahir (bahkan nipis lagi kain dia). apa yang bermakna disitu ialah kesungguhan poo pong ingin mendapatkan sesuatu yang sgt2 berharga dalam tudung saji itu iaitu seekor ikan goreng yang mmg terang-terangna terhidang depan mata..dengan apa cara sekalipon die akan mesti mendapatkannya jugak walaupon mmg sukar baginya untuk menikmatinya..dia tidak berputus asa sehinggalah aku mara ke arahnya dan memandang tajam dan mengangkat tangan ke arahnya barulah dia mengendurkan mukanya dan terus turun dari meja..apa mesej yang berjaya aku garap kawan2 disini ialah bagaimana apa sesuatu yang bukan hak milik kekal kita bila terhidang depan mata akan merosakkan diri kita sendiri..saya imagin kan bagaimana perempuan2 yang di luar sana(juga diri saya akalu tetiba lupa dan alpa) apabila memakai pakaian yang nipis dan menjolok mata (sexy), ia akan mengundang ke ghairahan kepada si penengoknya(terutama mata-mata lelaki yang memang selalu mencari ruang dan peluang), walaupon tak semua lelaki2 macam itu tapi dah lumrah alam mmg kaum sejenis ini suka melihat benda2 yang ber'seni' dan cantik, memaksa mata2 mereka memandang juga...paling2 kurang melihat pun tak apa apatah lagi dapat merasa..(mcm kucing jgak tadi, dapat menghidu pun tak pa dah walaupon tak sempat merasa kerana dimarah oleh tuannya..akulah tuh).

Pesan saya, kita ikutlah nasihat spt kata2 orang-orang tua dahulu, jangan memakai pakaian yang menjolok mata, nipis , ketat mcm pembalut nangka, sexy,terdedah sana sini, senteng semacam, dan yang sama waktunya kerna kelakuan itu semua boleh mengundang ke arah yang tidak sihat..ini juga pesan buat diri saya sendiri.(jangan jadi mcm ikan cencaru dalam tudung saji tadi, kalau tak ada orang yang melarang atau memarahi, mungkin sudah habis dimakan rakus oleh poo pong ku..)..setiap larangan dan kemarahan seseorang itu ada maknanya.Mereka ingin melihat kita berubah ke arah yang lebih baik, jadikan nasihat mereka itu sebagai panduan.suka saya mengatakan disini ..."dari lirikan membuatkan seseorang akan teruja, dari teruja akan membuat seseorang ingin merasa, dari merasa akan membuatkan seseorang tidak akan puas, dari sesuatu yang tidak puas, seseorang akan lupa nilai-nilai norma kehidupan manusia"..renung kanlah...

Akhir kata terima kasih YA TUHAN kerna memberikan ku secebis kisah yang berharga yang boleh aku tenung dan renung seterusnya kongsi dengan kawan2 semua..terima kasih juga kepada poo pong( dan juga yang lain Awang Teh, Mat Yoki, Cheetah) yang mengajarku erti sebuah kehidupan yang sebenarnya..InsyaALLAH kalau ada lagi kesah2 yang berharga akan aku kongsi bersama anda2 semua disini..sehingga jumpa lagi di lain cerita hikmah ...adioss..

 
Nukilan:
Irza Rizma
Penguasa Kastam, CIQ JB,
Monday, 11.01.10, 11.35am

ERTI HIDUP INI

Ku pandang ke kanan
Ada garisan hampa di sisiku
Aku memandang ke kiri
Ada kedutan luka di situ
Aku pusing ke belakang
Ada kumbahan hanyir di situ
Mengalir bersama kelodak
Mengeruh di muara
Rasa dan bau yang bercampur aduk
Menjadikan pijakku rapuh kian terasa

Aku mendorong ke hadapan
Meninjau suasana yang gelap
Kelam mengaburi mataku
Terasa tiada pijak aku di sini
Aku terus mencari sinar cahaya
Yang bisa mententeramkan aku
Untuk mencipta keindahan di sini
Lantas aku dongak ke langit
Yang ada hanyalah
Pekat yang membelah kegelapan malam
Malam yang dingin dan sunyi
Menyingkap sejuta rahsia yang tersendiri

Aku menghela nafas panjang
Satu keluhan tercetus jua
Apa sebenarnya erti hidup ini?
Memikirkan masa yang terbuang begitu sahaja
Memikirkan hayat yang ada
Menyelami hari-hari senja dilalui
Semuanya menunjal-nunjal akalku
Menjadikan rasa senak di hati

Masih terimbau kenangan lalu
Masa yang dilewati tanpa rasa jemu
Terpalit dosa dan noda
Menyelubungi persinggahan ini
Yang hanya sementara cuma
Tanpa di pinta , butiran jernih menitik jua
Menuruni perlahan  kedutan di wajah ini
Terasa syahdu di situ
Kupejamkan mata
aku lafazkan kalimah suci
mendambakan  keinsafan
yang lahir dari hati ini
mendapat syafaat dariMu
                                                                                                             
 nukilan rasa
 irza rizma 14/3/2011 @ 1.25a.m
JKDM WPKL

Nama Mu Kuala Lumpur


Pertama kali kujejak kakiku disini
Sungguh indah di pandangan mata
Tapi hati penuh sebu dan sedih
Mengenangkan desa yang ditinggalkan
Dek kerana ingin mencari rezeki
Untuk kehidupan yang lebih gemilang

Ku pandang sekeliling…
Deretan manusia yang bertali arus
Mengejar keseronokkan malam
Pelbagai bunyi dan suara saling berlagu
Bersahutan panjang tanpa mengenal erti jemu
Menenggelamkan bunyi azan yang berkumandang
Azan yang menyeru umatnya berserah kepadaNya
Tapi dihati mereka tiada erti apa itu azan
Yang mereka tahu hanyalah mengejar keseronokkan
Keseronokkan yang sementara cuma
Keseronokkan yang beraja dihati
Menjadikan amalan pahala entah kemana

Oh beginikah kehidupan di sini?
Betulkah ini negaraku sendiri?
Bumi yang kupijak sejak berabad lamanya
Bumi yang penuh dengan adat ketimuran
Tapi hari ini sudah ketandusan semuanya
Yang ada hanyalah ikutan barat
Amalan zionis yang semakin digilai warga kota

Kuala lumpur
Tubuhmu tersegam indah
Namamu mencerminkan jati diri bangsa
Namamu megah dirantau asia
Namamu juga menggamit anak perantau
Bertapak di dalam daerahmu
Ya daerahmu yang dikata lubuk segala kemungkinan
Kemungkinan yang mungkin kita tahu
Mahupun kemungkinan yang mungkin kita tak pasti
Hanya masa yang memungkinkan semuanya
Lihatlah di berita semasa
Banyak kemungkaran yang bermaharajalela
Semakin hari semakin sadis untuk kita ketahuinya
Jenayah semakin menjadi agenda utama
Agenda yang sentiasa menghantui warga kota
Kes ragut, curi, rompak sudah menjadi mainan dunia
Tapi yang paling dasyat kes bunuh
Sudah hilangkah kewarasan kita
Membunuh sesuka hati tanpa belas kasihan
Seakan nyawa seseorang berada ditangan anda
Sedarlah hanya Allah yang ESA berhak untuk itu
Kita hanya mampu berserah dan berdoa
Agar dijauhi semua itu

Aku termenung sendirian
Sedih mengenangkan daerahmu ternoda
Kalau dulunya amat indah dimata
Tapi hari ini daerahmu sudah tercemar
Oleh anasir tangan yang tidak tahu bersyukur
Amalan pahala mula dilupakan
Amalan syaitan yang mendapat tempat
Sedarlah…warga kota
Kembalilah keindahan kota indah ini
Dengan amalan jati bangsa ketimuran
Lupakanlah sifat zionis yang kau agungkan
Tanamkan jiwa kita semua dengan tatasusila
Tak mustahil kita mampu
Mengembalikan kota Kuala lumpur
Meriah dan gemilang seperti dulu